Kemas Kini Proses Pembayaran Kami untuk Influencer

Posted on May 23, 2023


Mulai 20 Februari 2023, pembayaran kami akan diuruskan melalui payment gateway/gerbang pembayaran baharu iaitu Billplz Sdn Bhd. Pada masa akan datang, hanya akaun bank yang disahkan akan dapat menerima pengeluaran pembayaran. Gerbang pembayaran perlu mengesahkan maklumat anda, seperti butiran akaun bank anda, IC atau nombor pendaftaran syarikat, dan sebagainya. Selepas maklumat anda disahkan, Billplz akan mendepositkan dana ke dalam akaun anda.


Untuk pengguna kali pertama Billplz, proses ini mengambil masa 3-5 hari. Selepas itu, anda akan menerima bayaran dengan segera. Sila semak e-mel anda pada setiap peringkat, kerana kami akan memaklumkan anda tentang status pembayaran. Billplz juga boleh menghantar sejumlah kecil kepada anda, RM0.01, untuk mengesahkan akaun anda. Jangan risau, ini bukan bayaran anda daripada SushiVid!


Anda boleh mengemas kini e-dompet sekarang supaya anda boleh menyimpan proses pengesahan 3-5 hari ATAU anda boleh mengemas kini e-dompet apabila anda mengeluarkan wang. Sila ambil perhatian tentang kelewatan 3-5 hari.


BAGAIMANA CARA UNTUK MENGEMAS KINI?

Lihat gambar di bawah:


Langkah 1 : Log masuk ke SushiVid sebagai influencer, klik pada ‘Wallet


Langkah 2 : Klik pada ‘Bank Accounts



Imej 1: Halaman utama SushiVid apabila anda log masuk sebagai Influencer


Langkah 3 : Pilih ‘Bank Accounts



Imej 2: Halaman SushiVid ‘Wallet


Langkah 4 : Tekan ‘Save and Select



Imej 3: Halaman SushiVid Semasa Mengisi Butiran Bank
PERKARA YANG PERLU DI AMBIL PERHATIAN:

Pada penyata bank anda, ia akan menunjukkan nama 'Billplz' diikuti dengan satu siri aksara rawak dan bukannya SushiVid. Amaun pembayaran/payout amount ialah jumlah sebenar yang anda keluarkan selepas menolak yuran pengurusan SushiVid (kami akan mula mengecaj mulai 1 April 2023).


Anda boleh mengesahkan ID Rujukan Pembayaran Billplz anda daripada halaman akaun SushiVid anda. Contoh rupa bentuknya dalam akaun bank anda boleh didapati dalam imej 4 di bawah.



Imej 4: Contoh yang anda akan lihat pada penyata bank anda


Perkara lain, Billplz perlu mempunyai dana untuk disalurkan kepada influencer kami. Memandangkan mereka bukan bank, mereka tidak diberi kuasa untuk memegang banyak dana pada bila-bila masa. Oleh itu, kadangkala kami mungkin terlewat kerana kakitangan SushiVid juga perlu memantau akaun Billplz dan memasukkan dana ke akaun jika perlu. Buat masa ini, kami hanya akan mengisi semula dana seminggu sekali. Kami ingin memproses pembayaran dengan lebih kerap, tetapi jadual ini membolehkan kami menjadi lebih cekap dengan masa kami. Kami menghargai pemahaman anda!


Terima kasih dan semoga hari anda indah ✨

Alina from Sushivid

Translated by Wana Harmay