Tips Nak Jadi Live stream Influencer
Posted on June 9, 2023
Kita semua tahu live stream memang dah sedia ada dari tahun beberapa tahun lepas. Tapi makin ramai orang mula sedar potensi live stream. Pada September 2019, seorang influencer China, Zhu Chenhui mempromosikan sarang burung buatan asli di livestream Taobao-nya dan membuat keuntungan RM2.9 million dalam 10 minit. Ka-ching! Pemasaran live stream influencer memang dah menakhluki China sejak tahun lepas. Ramai influencer tak sedar usahawan, penyanyi, pelakon di Malaysia seperti Nur Sajat, Dato Aliff Syukri, dan Adel Asha, Dato Siti Nurhaliza dan ramai lagi telah pun menceburi trend livestream.
Sushivid telah mendapat peluang untuk mengendalikan live stream brand kempen di Taobao Live dengan dua infuencer-influencer dari China. Kami juga sedang berkerjasama dengan beberapa platform livestream lokal. So, hari ni kitorang nak share Tips-Tips SushiVid Nak Jadi Live stream Influencer dengan korang.
Kunci kejayaan adalah preperasi guys!
Dari pengalaman we all, fasa preperasi untuk live stream memang yang paling penting. You kena bayangkan your live stream sebagai rancangan TV dan you lah hos, cameraman, light sistem, pakaian dan sebagainya. Korang akan menjalankan 1 man show.
1. Lokasi
Pilih lokasi yang tidak mempunyai gangguan. Jadikan port lokasi you sebagai lokasi selamat or safe zone yang selesa seperti :
- - Bilik Membaca
- - Rumah Bilik Pejabat
- - Melainkan you dah lama buat live stream, kami tak sarankan mulakan live dengan background bergerak dulu. Takut viewers pening.
Orang akan anggap you tak perlukan banyak peralatan atau props nak live stream. Zaman sekarang dengan telefon pintar mudahalih 5g memang senang nak live stream di mana-mana.Tapi, untuk dianggap professional sebagai live stream influencer beberapa peralatan ringkar boleh membantu.
- Ring light
- Tripod untuk telefon (Pastikan you cuba angle menegak dan melintang)
- Microphone
3. Preperasi Latar Belakang
Pengumuman, sila ambil latar belakang anda dengan serious! Sebab ia memang memainkan peranan yang besar guys. Takde siapa suka backdrop yang bersepah. SO just kemas bilik anda je. Meh, kami tunjuk contoh-contoh backdrop bilik yang menarik dari Aisha Liyana Youtube influencer yang juga merupakan salah seorang influencer SushiVid :
Fairy lights dan props yang simple-simple pun boleh menceriakan bilik anda
Sewajarnya you ada lebih dari 1 backdrop supaya viewers tak bosan
Pastikan keadaan bilik anda kemas dan teratur
Kalau you nak cari hiasan bilik yang menarik dan murah pergi je dekat kedai favorite kami, KAISON! Pastikan you buat checklist dulu atau senarai semakan barang-barang livestream yang anda perlukan untuk live stream.
4. Pemakaian
Baju you memang melambangkan your personaliti. Bila live stream anda kena bina branding untuk diri anda sendiri. Selagi anda memakai pakaian yang kemas , you can do it! Kami ada masukkan beberapa ootd dari #SushiVidFam kami Joan dan Alina :
5. Point Bercakap
Untuk mengelakkan daripada anda terpaku tak tau nak cakap apa masa live stream, SEDIAKAN POINTS TOPIK yang anda ingin bualkan. Sediakan point ringkas je supaya anda. Sediakan timer untuk pastikan anda on track dgn topic dan ingat que untuk promosi
6. IG Story
Satu cara yang boleh menambahkan viewer live stream you adalah dengan memberitahu followers you tentang live stream tu. Masukkan tarikh, masa dan topik anda. Sebab 60% followers anda akan merangkumi orang yang you kenal, situasi akan lebih selesa.
7. Preperasi Mental
Setipa KOL akan ada soalan yang sama sebelum tekan butang LIVE tu - “Ada ke orang yang nak tengok live aku?”. Macam yang kami mention di atas, buat live ni macam you seorang hos rancangan live. Tak penting kalau orang masuk separuh jalan atau bila anda dah nak habis atau tiada viewers. Teruskan mengikut topik you seperti yang you plan. The show must go on. Percayalah, strategi ni akan bina kepercayaan antara you and viewers live stream di masa hadapan.
Inilah saat yang dinantikan!
Kami faham live stream boleh buat kita rasa nervous dan risau fasal viewers. Jadi, kami kongsi beberapa tips untuk menarik viewers untuk live stream you di bawah :
1. Pengenalan yang Gempak
Di permulaan livestream anda, kenalkan diri dekat viewers you walaupun tiada viewers. Fasa berborak di pengenalan akan membiasakan you bercakap di live stream seperti ice-breaking session. Kalau anda live di Instagram, live stream you akan di tayang untuk 24 jam. Viewers akan hilang minat untuk menonton live stream anda kalau 5 minit yang pertama hanya you berdiri atau duduk awkwardly di depan kamera.
2. Berinteraksi dengan Viewers
Kebaikan terbesar live stream adalah interaksi antara anda dan viewers yang otentik. Beberapa cara yang anda boleh lakukan di bawah :
- Shoutouts kepada viewers yang join live anda
- Tanya soalan kepada viewers
- Tanya pendapat viewers
- Permainan Interaktif seperti Truth or Dare
- Tanya pengalaman viwers
3. Promosi/Diskaun/Giveaway
Satu lagi cara untuk menambah viewers you alls adalah dengan menyediakan kod promosi, diskaun terhad di dalam live stream dan juga giveaway. Word of Mouth Marketing atau Pemasaran Mulut ke Mulut akan tersebar dan menambahkan viewers live stream you guys
4. Call to Action (CTA) or Panggilan Bertindak
Simple je untuk pastikan CTA anda. Kalau live stream anda untuk mempromosikan kod, pastikan anda pin kod promosi di live stream anda dan bio. Selain itu, ulang CTA anda setiao 5 - 10 minit supaya viewers baru akan termaklum.
Belum Habis Lagi …. Post Live Stream Anda
Ramai orang ingat lepas live stream dah takde apa yang perlu dibuat. Sebenarnya, banyak lagi yang anda boleh buat untuk tarik traffik ke live stream tu.
1. Post A Story. Don’t Kedekut Dengan Story Anda
Post story penghargaan untuk viewers yang join live stream anda. Timbulkan perasaan ingin tahu untuk mereka dan viewers baru untuk tengok live stream anda. Masukkan CTA link you di bio tapi mintak viewers tengok live stream anda dulu untuk penjelasan.
Ini Kali Lah! ConfirmPlusChop
ConfirmPlusChop adalah platform di bawah SV Group yang menawarkan kempen dengan asas komisien. Maksudnya anda akan dibawah untuk setiap produk yang terjual. Selain Kos Untuk Post, KOL juga dibayar untuk Kos Untuk Sale. Influencer juga akan diberi komisien berdasarkan bilangan produk yang terjual.
Itu sahaja Tips SushiVid Nak Jadi Live stream Influencer. Sekarang anda boleh tekan butang Live itu!
Post a Comment