Interview Bersama Amirulee

Posted on December 2, 2018



Amirulee or well known as "Acap" - is a well-loved influencer in Malaysia known for being hilarious and creative! He is part of Sterk Production Channel, one of the most popular and fast growing Youtube channel in Malaysia. He treats haters as his jump stone and that makes him what he is now. Do check out our interview with Acap below!

1. Boleh ceritakan sikit bagaimana Sterk Production dibentukkan?
Okay cerita dia macam ni. Sterk Production ditubuhkan masa tu Acap, Paan, Fikri dan Mirol baru habis sekolah. So lepas SPM lah kan. Then kitorang tak tahu nak buat apa, so Paan ajak buat video. So starting from that lah kitorang keep buat video. Then Paan sambung study di Politeknik, dia jumpa dgn Harith and Rashdan, dia bawa masuk dorang dua tu dalam Sterk.
Dan Fikri sambung study STPM di SMK Puteri Titiwangsa, berjumpa dengan Iskandar, so dia pon bawa masuk Iskandar dalam Sterk. So begitu lah serba serbi tubuhnya Sterk Production.

2. Apakah peranan yang Acap mainkan dalam Sterk Production?
Dalam Sterk Production, Acap as Marketing which is Acap lah yg akan reply email client and deal dgn client semua. Selain tu, Acap juga as talent and also main camera.

3. Apakah tindakan yang akan Acap and team anda ambilkan sekiranya terdapat percanggahan idea sesame team member?
Haha. Yg ni selalu terjadi lah kan. Biasalah cakap pasal idea, mesti semua nak bagi idea, idea kena tolak tu jgn cakaplah, selalu juga. Hahaha. Actually bila bincang pasal idea, kami akan tengok dulu idea yg diberi tu okay ke tak, kalau tak okay, kami akan cuba cari jalan untuk mencantikkan lagi story idea tu lah. Selalu yg terima and tolak idea ni Paan lah. Sbb dia yg mengedit semua, so dia nampak setiap angle idea tu adakah sesuai ke tak. Haa begitu lah.

4. Sekiranya brands minta Sterk Production menghasilkan video yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Sterk Production, apakah langkah yang akan team ambilkan?
Okay, kalau brands tu minta kami buat konsep video yg tidak kena dengan jiwa kami or bertentangan dengan cara prinsip kami, kami akan cuba slowtalk dulu dengan client mengatakan “our followers suka and kenal kami dengan cara ni, so dengan itu akan menaikkan juga viewers video kami”. So mostly client akan terima lah.



5. Bagaimana Acap layan dengan haters dan komen-komen buruk?
Hahaha. Haters jangan cakaplah, banyak je 😂 tapi tu lah, bak kata abang kami iaitu Ustaz Imam Muda Asyraf, “Biarkan je haters tu. Kita ambil itu sebagai semangat untuk kita jadi yg lebih baik!” 

6. Selain daripada hal-hal influencer, apakah lagi passion Acap?
Selain hal-hal influencer, Acap juga sering cari masa untuk mencantikkan diri Acap such as jaga kecantikan muka, uishh ni wajib tau. Muka asset kita hahaha and satu lagi badan. So gym dah ibarat rumah kedua Acap lah haha.

7. Apakah pengalaman Acap bekerja dengan SushiVid?
Pengalaman yang Acap dapat semasa bekerja dengan SushiVid memang best. Staff-staff dorang semua sporting, layan je kerenah kita yg comel ni. Hahaha overall memang best lah, hope SushiVid bagi banyak job lagi dekat saya 🙈 hahaha gurau2

Thank you SushiVid kerana berkesempatan untuk interview saya ☺️🙏


Follow Amirulee at:
Instagram - @amirulee