Interview Bersama AminEmo

Posted on December 7, 2017

Interview Bersama AminEmo!


1) Macam mana Amin balance untuk buat sponsored content sambil maintain authenticity dan tak nampak hardsell?

Kalau bab promote products or sponsored content ni, selalunya memang susah kalau tak hardsell. Tapi sekarang senang sikit kalau pandai bab editing dan kreatif dengan caption yang akan buat orang tertarik dengan post kita. Senang cakap, taknak hardsell, kena kreatif. Tapi untuk sesetengah client yang nakkan hardsell, kadang2 buat kami buntu sebab memang susah nak tarik crowd. Followers tak suka sangat hardsell ni.


2) Apa yang menjadi inspirasi untuk edit gambar-gambar yang Amin post sebelum ni?

Dulu memang suka edit manipulation gambar, jadi dah terbiasa. Walaupun dah tinggal bidang editing ni lebih kurang 5 tahun, tapi saya mulakan kembali pada pertengahan tahun ini kerana mahukan gambar yang lebih menarik. Kadang2 client tak suka, saya akan edit sampai mereka setuju la. Editing ni memang tak mudah, tapi kalau tahu komposisi warna dan asas editing, ia akan memudahkan kerja kita.


3) Kalau kena pilih gambar favourite yang Aminemo dah edit - gambar mana yang Aminemo akan pilih?



4) Top 3 brand yang Aminemo teringin nak collaborate?

Top 3 brands yang saya minat sangat adalah H&M, Nike dan Sony.


5) Sedikit fakta tentang process Aminemo dalam menghasilkan cerita di  Instagram?

Bab penceritaan sebenarnya terlampau random. Kena banyak keluar jalan2 untuk lebih banyak content yang menarik. Itu sebabnya kena banyak travel dan explore new things.


6) Cerita sikit tentang journey Aminemo sebagai instagrammer

Saya mula dahulu cumalah sebagai ahli sukan kalistenik/ bodyweight workout. Kemudian setelah mengalami kecederaan di bahagian bahu dan disc slip, saya bosan dan mula buat content video2 di Vine dan terus berpindah ke Instagram kerana Vine pada waktu itu sudah mahu ditutup. Dari situ saya kerap rakam video2 lawak kemudian dimuat naik ke Instagram. Dalam masa yang sama, sesudah pulih dari kecederaan lalu, saya kembali aktif dalam bidang sukan baru dan lama seperti parkour, futsal, basketball dan lain2 lagi. Saya yang dulu dikenali sebagai atlit sekarang sudah bergiat dalam bidang pembikinan video2 di Instagram dan mungkin akan aktif di Youtube juga, in sha Allah.


Follow AminEmo di:
Instagram - @aminemofficial 
YouTube - AminEmo