Perayaan E-Dagang di Malaysia dan kesannya terhadap Pemasaran Influencer

Posted on September 6, 2023


SushiVid mempunyai keistimewaan untuk menjalankan beberapa kempen pemasaran Influencer yang paling hebat untuk perniagaan e-dagang di Malaysia dan saya boleh katakan ia bermula dengan MYCYBERSALE 2015. Dimana ketika itu saya bekerja untuk syarikat permulaan Singapura - Minematic. Kami bantu mereka menghantar e-mel yang diperibadikan kepada beribu-ribu orang dalam senarai e-mel anda. Ketika itu saya telah diperkenalkan dengan Ketua Pegawai Eksekutif iPay88, KL Chan dan dari tarikh yang sama juga saya terima daripada MasterCards dan Mr Chan secara tidak langsung memperkenalkan komuniti e-dagang pada saya.


Hubungan ini saya bina bermula daripada pekerjaan terakhir saya dan ia umpama buah-buahan yang tergantung renek yang membentuk sebahagian besar pelanggan saya dalam tempoh 3 tahun pertama di SushiVid. Jujur saya boleh katakan, jika bukan kerana sokongan komuniti e-dagang, kami tidak akan ada sampai ke tahap ini.


Pada tahun pertama saya kembali ke Malaysia untuk memulakan SushiVid, juga merupakan tahun yang sama yang bergiat aktif dalam komuniti usahawan terbesar dan paling bersemangat - The eCommerce Kaki. Kadang-kadang saya fikir mereka membawa nama yang berbeza seperti (Malaysia E-Commerce Association, Internet Alliance..dll) tetapi kerap kali, beberapa orang menonjolkan diri di kalangan orang ramai dan mereka sendiri bergabung sesama mereka untuk menjadikan mereka orang yang paling berpengaruh dalam ruang e-dagang.


Dalam pada masa yang sama, saya adalah sebahagian daripada program accelerator oleh MaGIC. Kebetulan pasukan saya mempunyai Hans-Peter Ressel, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada sebagai mentor kami. Definisi Hustle adalah apabila saya teringat diri saya sendiri dengan sukarela memandu HP balik dari Cyberjaya ke bandar KL dalam kesesakan lalu lintas pada waktu puncak dan kemudian saya sambung memandu sendiri pulang ke Klang kerana saya melihat peluang itu menyambung secara berterusan. Ia adalah pemanduan 4 jam.  Setengah orang mesti beranggapan ia merupakan satu nasib kurang baik, namun pada saya ia adalah apa yang anda lakukan dengan peluang yang telah diberikan kepada anda. Perkara yang saya akan lakukan, dan saya rasa sebahagian besarnya masih akan dilakukan untuk memperjuangkan apa yang yang saya ingin lakukan, saya juga berharap mampu memberi inspirasi kepada pekerja saya dan juga sebahagian daripada anda untuk kekal maju!



Gabungan kedua-dua insiden ini, membuka ruang kepada saya untuk permulaan yang baik dalam ruang e-dagang. Dimana, ketika itu tidak banyak agensi yang tahu, dan kami mempunyai langkah kanan dengan mudah. Dalam tempoh 7 tahun yang lalu, kami melakukan 3 tahun berturut-turut untuk kempen Shopee, 5 tahun kempen bersama Lazada, 3 tahun bersama kempen MYCYBERSALE dan kempen on-off untuk FashionValet, Shopback, Traveloka, YouBeli, JOCOM, Lelong dan hari ini kami semua berusaha untuk mengembangkan sayap di persada antarabangsa seperti SHEIN, Pomelo, Fashion, Taobao merangkap rakan kongsi Easystore, Click Asia, Lazada Live & banyak lagi. 


Ini adalah senarai umum untuk jualan yang kerap berlaku di Malaysia dalam e-dagang. Sudah pasti, akan ada Ekspo Bayi, Ekspo Perabot yang besar atau Matta Fair yang akan mencetuskan idea dalam pasukan pemasaran pasaran kami untuk turut menjual barangan tersebut akan tetapi acara tahunan umum tidak boleh salah adalah seperti gambar di atas. 


Untuk kefahaman anda, boleh lihat sebelah kiri imej ini adalah semua kempen “Business-As-Usual”. Saya tahu mereka kelihatan seperti cuti besar tetapi dari segi sektor e-dagang, ini adalah kempen perniagaan seperti biasa. Alasan yang cukup mudah, dimana pada Tahun Baru Cina kita semua terlalu sibuk makan, berkumpul bersama dan tidak fokus untuk melihat sesuatu atas talian. Perayaan besar biasanya akan dilakukan melalui portal e-dagang. Walaubagaimanapun…ia tidak benar untuk semua perniagaan e-dagang. Contohnya, kalau anda jual bunga, hadiah dan kek, Hari Valentine, Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru, sepatutnya hari-hari akan menjadi hari yang paling sibuk.


Antara kempen yang biasa dilakukan, kategori sebagai kempen terbesar adalah kempen Raya (Raya & Ramadhan), yang jelas masuk akan, dimana jiran dan rakan Melayu kita terdiri daripada lebih 50.1%, manakala 22.6% adalah Cina, 11.8% adalah kumpulan Bumiputera selain Melayu, 6.7% adalah India dan selebihnya kumpulan lain menyumbang 0.7%. Manakala, bukan warganegara menyumbang 8.2% daripada penduduk Malaysia.


Krismas juga merupakan perayaan yang besar, tetapi disebabkan perayaannya bergabung dengan cuti sekolah, perayaan akhir tahun untuk perniagaan, peluang untuk melupuskan stok lama untuk memberi ruang kepada yang baru menjadi sesuatu yang lebih besar. Pendek cerita, bulan Disember adalah bulan kucar kacir dalam talian ditambah lagi dengan jualan 12.12 serta semua yang lain, dan biasanya ia akan menjadi bulan yang paling sibuk untuk semua perniagaan e-dagang.


Kalau lihat disebelah kanan imej ialah “Mega Campaigns”. Kempen dimana Black Pink akan membuat persembahan atau Dua Lipa akan terbang ke Jakarta ataupun Jackie Chan akan membuat tarian mengarut untuk iklan TV! Pernahkah anda melihat salah seorang daripada mereka? Cringe….



Sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=Kdc2BSSfIo0 


Jadi kenapa kempen ini dilakukan secara besar-besaran?

Walaupun terdapat nilai sentimental, sebagai contoh Hari Lahir Lazada jatuh pada 27 Mac, jadi ia merupakan satu kempen yang besar, dan 9.9 adalah Hari Lahir Shopee dan ia merupakan satu lagi kempen yang besar tetapi umumnya, kesemua tarikh jatuh pada suku bulan terakhir. Kesimpulannya, pada akhir setiap suku tahun, akan ada satu lagi jualan utama menerusi e-dagang! Temanya akan berbeza, dan anda akan saksikan sendiri setiap perbezaan dalam beberapa penggal seterusnya.


Satu-satunya Mega Campaigns yang menonjol adalah kempen 11.11 kerana ia bukan berlaku pada bulan terakhir. Saya fikir apabila Alibaba membeli Lazada, mereka akan mengetengahkan budaya 11.11 ke Malaysia dan Asia Tenggara tetapi Shopee tidak suka akan budaya tersebut jadi dia terus mengekalkan budaya kempen 3.3, 4.4, 5.5, 6.6, 7.7, 8.8, 9.9, 12.12. Ikutkan ia benar-benar mengelirukan buat beberapa tahun pertama, dimana setiap bulan adalah jualan mega dan mereka mendapati kaedah ini tidak lagi memberi kesan apa-apa! Jadi kami selesaikannya dengan mewujudkan 3.3, 9.9, 11.11 dan 12.12 dan selebih diantaranya dipanggil sebagai hari gaji atau kempen "Business-As-Usual". Saya sangat berharap mereka berpuas hati dengan Mega Campaigns yang lebih kecil kerana secara jujur, tiada pengguna yang memantau dan kami tidak cuba untuk mengikuti jualan kerana kempen seterusnya hanya tinggal beberapa bulan lagi!


Syabas buat pasaran walaupun mereka cuba melakukan sedikit perubahan. Sebagai contoh 9.9 ialah jualan LazMall. Jadi, jika anda mempunyai LazMall (akaun rasmi - seperti kedai rasmi Kiehl’s atau kedai NARS), maka mereka akan mempamerkan LazMall ini pada 9.9. Tetapi jika anda bukan seseorang yang mempunyai poket tebal, saya cadangkan anda untuk mengelakkan jualan mega. Mesti anda tertanya-tanya kenapa kan?


Kenapa ia menjadi sesuatu yang penting buat anda?


Ia ibarat super red ocean semasa Mega Campaigns. Rata-rata kata kunci waktu ini menjadi mahal di Google dan Facebook akan dibanjiri dengan iklan jika anda ada lakukan pada waktu ini, iklan anda akan tenggelam dan anda perlu membayar dolar tertinggi untuk itu!


Kebanyakan orang akan beritahu anda untuk simpan inventori waktu ini kerana hampir kesemua akan habis terjual. Ianya sama sekali TIDAK betul. Kebanyakan kenalan saya memberitahu 9.9 adalah tahun lepas sangat hebat kerana walaupun ketika itu merupakan tempoh PKP dan apabila PKP ditarik balik sebelum 11.11, jualan 11.11 tidak berapa baik! Jelas sekali ia bertentangan dengan kepercayaan popular, ia tidak begitu hebat! Sekiranya anda ingin membina kumpulan khalayak yang stabil yang menunggu jualan anda, anda akan melihat kesannya tetapi jika anda seorang penjual yang sedang berkembang dan SKU produk anda adalah generik, jangan risau! Seperti yang saya jelaskan, anda akan tenggelam dalam masa yang singkat dan sebarang dana yang anda ada untuk menyasarkan atau mana-mana aset utama yang anda ingin beli di Lazada atau Shopee selama 5 minit kemasyhuran akan menjadi mahal gila!


Jika anda merupakan MNC yang besar, maka keluarlah!


Bagaimana ia boleh dikaitkan dengan pemasaran influencer?

Pemasaran influencer merupakan salah satu saluran utama yang digunakan pasaran e-dagang untuk mendorong trafik ke portal/tapak web mereka terus. Pertimbangannya seperti ini, Lazada akan menerbangkan 200 influencers ke Jakarta untuk menonton konsert Dua Lupa dan pengaktifkan luar tapak, penambahan 300 influencers untuk melakukan kandungan berjenama. Konsert berlangsung selama 3 jam tetapi hakikatnya keseluruhan persembahan, dapat dilihat dapat melepak bersama rakan-rakan influencers yang lain, dapat melakukan tarian pendek bersama ketika konsert berlangsung, waktu itu dapat lihat seluruh media sosial dibanjiri dengan prop Lazada dan kandungan Lazada monopoli sosial media selama hampir 2 hari!

Melainkan anda mempunyai cara yang hebat untuk monopolinya, saya cadangkan untuk membuat kandungan anda di luar waktu puncak ini.


Waktu puncak seperti ini juga menandakan rata-rata influncers turut sibuk mencipta beberapa konten lagi dalam hari yang sama. Jadi ia akan memberi impak dimana hanya sedikit usaha dan perhatian akan diberikan kepada kandungan anda, selain itu, harga juga turut menjadi lebih tinggi apabila permintaan meningkat. Saya tidak akan sama sekali melakukan kempen pada masa itu!


Jadi apa, anda masih ingin mengatakan kami tidak melakukan apa-apa?

Tidak sama sekali, berikut ialah beberapa strategi bagaimana anda masih boleh mengukir blue ocean untuk diri anda sendiri!


Cari mana-mana platform yang permintaan lebih rendah seperti YouTube ataupun Blog. Nak tahu sebab apa Instagram & Facebook mendapat permintaan yang tinggi untuk jualan? Hal ini kerana ia boleh dikongsi! Itulah media sosial, tempat perkongsian foto, perkongsian detik tetapi produk sering tidak dijelaskan dengan jelas kerana sifat kandungan di Facebook & Instagram. Jadi sementara disana sesak sedikit, adakah semestinya ada jualan?


Berapa ramai daripada anda berkobar-kobar menanti detik 11.11 tiba, anda tiada idea nak beli apa? Saya pun sama! Saya memerlukan cadangan dan saya ingin seseorang beritahu saya apakah 10 jualan teratas! Ini dia! Buat 10 item teratas untuk diperhatikan semasa tempoh 11.11 dan salah satu daripadanya adalah milik anda! Cara ini lebih baik jika produk anda mengambil penjelasan, saya sendiri akan mengambil masa untuk menulis perbandingan, menyemak konten yang membawa kepada 11.11 supaya pengguna yang mencari maklumat tentang produk saya, akan menemui artikel / video YouTube ini dan yakin untuk membeli tanpa rasa was-was.


Jika produk anda mudah dan generik, jangan risau! Masih ada harapan untuk anda! Saya akan menempah pemasaran influencer LAGI awal. Saya akan jadi bijak dan arif mengenainya dan membuat konten dengan cara lebih awal supaya orang ramai telah menambah item saya dalam bakul dan apabila pasaran e-dagang menambah beberapa penghantaran PERCUMA, dapat lihat penukaran anda makin berkembang! Tetapi, ini akan terjadi jika anda betul-betul memberi tawaran yang bagus!


Akhirnya, saya boleh ketahui apa yang Lazada & Shopee lakukan, anda juga boleh cuba untuk hijack kempen mereka dan buat sahaja apa-apa video yang berkaitan iklan mereka! Berbalik kepada iklan Jackie Chan, anda boleh minta influencers anda untuk melakukan sesuatu yang serupa, ataupun meniru gaya ataupun gerakan Jackie Chan dan menukarkan iklan tersebut kepada produk anda sendiri bukannya Shopee. Ini mesti dilakukan pada waktu yang tepat, tidak ada ruang besar antara video Jackie Chan dan jualan 11.11 tetapi jika anda boleh melakukannya, anda boleh melonjak naik sebahagian kecil daripada kos!


Saya sangat menggemari kempen pemasaran influencer yang baik dan menggunakan pelbagai cara yang kreatif untuk melakukan pemasaran influencer. Jika anda ingin ketahui dengan lebih lanjut berkenaan kami, boleh hubungi saya terus di [email protected]


Untuk ketahui lebih lanjut berkenaan kajian kes yang lain, anda boleh layari di SINI