Cara Untuk Membina Kempen Pemasaran KOL Yang Terbaik

Posted on May 28, 2021

 


Psst, kami dengar kempen anda tidak begitu popular? Jom sertai kami kerana kami mempunyai kaedah dan cara untuk menyelesaikan masalah tersebut!


Kami juga tahu mungkin ia sukar dan mencabar untuk menaikkan imej jenama anda tetapi kami percaya bahawa pasti ada cara yang boleh kita kecapi. Influencer, iaitu ikon di Media Sosial atau lebih dikenali sebagai KOL adalah selebriti internet yang sedang mencanak naik kerana diidolakan oleh para netizen pada zaman sekarang. Selalunya, mereka merupakan pengaruh besar yang menjadikan sesuatu trend terkenal sebab mereka selalu menjadi pengguna terawal untuk sesuatu produk atau perkhidmatan terbaru.

Kita boleh menggunakan peluang ini untuk menjadikan seorang influencer kepada wakil jurucakap sementara untuk jenama anda! Dengan menggunakan cara ini, kami dapat melahirkan satu sistem pemasaran KOL, lalu dengan cara yang paling mudah, kita dapat menaikkan imej produk anda dengan efektif.

Sekiranya anda belum memulakan langkah pemasaran KOL ataupun pernah mencuba tetapi tidak membuahkan apa-apa hasil, inilah masa yang dinanti-nantikan! Berikut adalah enam (6) langkah yang pasti akan membantu anda semua dalam pemasaran KOL.


1. Instagram Reels

Instagram Reels (atau IG Reels) adalah klip video 15-30 saat dengan muzik dan banyak kesan lain. IG Reels adalah trend baru yang melangkah ke Malaysia kebelakangan ini dan ramai yang masih ragu-ragu untuk mencubakannya. Namun, kami percaya bahawa trend terbaru ini merupakan satu peluang kepada jenama besar dan kecil untuk memperkenalkan jenama mereka. Apatah lagi bila ada yang upload video di Instagram Reels dapat cecah jutaan views! Lebih hebat dari IGTV dan IG story.


Kalau anda masih ragu-ragu untuk menggunakan IG Reels untuk jenama atau produk anda, maka anda bakal kehilangan peluang yang penting! Mari kami menjelaskan lebih lanjut tentang IG Reels:

1) Brand anda akan lebih menonjol dari yang lain - IG Reels masih baru dalam community kita, jadi masih tidak ramai jenama atau produk yang menggunakan platform ini untuk sponsored content yang menggunakan influencer. Dengan ini, jenama anda boleh menjadi tumpuan spotlight kerana masih tidak banyak persaingan. 


2) Kreativiti & hiburan untuk penonton - Berbeza dengan IGTV dan IG Story, IG Reels memberi ruang kreativiti kepada pengguna untuk edit klip video seperti peralihan cepat & lancar untuk transition video, teks, muzik dan banyak lagi yang boleh anda mencuba! Untuk mendapatkan view yang banyak, kita perlu memastikan klip video tersebut menarik dan mengikut trend. 


3) Sasaran audiens yang mungkin anda tidak dapat di platform lain - Instagram berkembang dengan maju di kalangan Millennials dan Gen Z, dan mereka suka mencuba trend yang terbaru. Anda hampir tidak dapat mencari platform lain yang mempunyai jumlah demografi yang sama yang menggunakan Instagram. Oleh itu, jika brand anda berorientasikan Millennials dan Gen Z, IG Reels adalah peluang keemasan untuk anda kalau anda dapat membuat content yang dapat menarik perhatian kalangan tersebut.

Ini adalah salah satu Instagram Reels oleh  @juweiteoh untuk sponsorship beliau!


2. Instagram Stickers

Ini adalah salah satu feature yang tidak banyak diterokai oleh mana-mana jenama dan juga senjata rahsia dari SushiVid. IG Stickers adalah pelekat yang digunakan oleh Instagrammers untuk effect yang lebih menarik terutamanya bila memuat naik ke IG Reels atau IG Story. Kami mengesyorkan IG Stickers kerana ia telah digunakan secara meluas di Instagram.


Jom dengar kenapa anda mesti membuat IG Stickers untuk jenama anda:


1) Instagram Stickers adalah kekal - Setelah anda membuat stickers untuk anda, sticker tersebut akan kekal selamanya. Setelah pengguna Instagram menggunakannya, stickers anda akan muncul dalam stickers "terkini" yang mereka gunakan.


2) Boleh digunakan dalam kebanyakan ciri Instagram -
Stickers Instagram boleh digunakan di mana sahaja seperti Instagram Reels, IG Story & Gambar IG. Ini bermaksud, stickers tersebut boleh muncul dan digunakan di dalam 3 post yang berbeza untuk dilihat oleh semua orang!


3) Ekspresif
- Kunci untuk menarik perhatian pengguna dan menggunakan stickers anda adalah menjadikannya sehubungan mungkin atau ekspresif dengan orang ramai, misalnya: jika jenama anda menjual sheet mask, tambahkan ekspresi bosan, atau "I can’t talk". Ini bukan sahaja berkait dengan jenama anda tetapi juga berkait dengan kehidupan seharian yang dapat digunakan oleh orang ramai.


Buat stickers yang paling sesuai dan mempunyai ekspresif yang menarik supaya pengguna akan menggunakannya untuk setiap posting.


3. Augmented Reality filters (AR filters)


Ramai jenama gagal untuk melihat potensi AR Filters dan ia juga jarang dijadikan keutamaan bagi sesetengah jenama. Dengan pengalaman kami selama bertahun-tahun dalam pemasaran KOL, kami percaya AR Filters mampu mendahulukan jenama anda berbanding dengan jenama lain yang tidak pernah melakukannya. AR Filters juga merupakan antara salah satu langkah pemasaran yang mempunyai jaminan untuk jenama anda.


Kami menggalakkan anda untuk cuba menggunakan AR Filters supaya jenama anda dikenali ramai kerana:

1) AR Filters adalah seronok untuk dimainkan - Influencer selalu mengekspresikan diri mereka melalui Instagram Reels, IG Story & Gambar IG dan berinteraksi dengan pengikut-pengikut mereka. Kalau anda menginginkan filter yang boleh mewakili jenama anda, Augmented Reality filters (AR Filters) boleh mencapai apa yang anda mahukan! Contohnya : Countdowns, Taglines, dan mini-games juga boleh dibuat menggunakan AR Filters! 


2) Murah dan senang untuk digunakan bagi influencers - Prosesnya lebih mudah berbanding dengan deliverables yang lain seperti, video, gambar atau IG Stories! Anda cuma perlu membuat AR Filters and dapatkan influencer untuk menggunakannya dan promosikan kepada pengikut-pengikut mereka. Dengan itu sahaja telah mampu menarik minat pengikut mereka untuk mengenali dengan jenama dan produk anda.


Ini adalah salah satu AR filter dari SushiVid! Kami ada lebih banyak lagi di Instagram page @sushi.vid


4. Contest (Peraduan)

Semua orang suka tawaran yang baik, terutamanya orang Malaysia. Lebih-lebih lagi barang percuma! Jika ia melibatkan barang yang lebih mahal dan menarik , tidak kisah dengan apa jua cabaran, mereka mesti bersemangat untuk dapatkannya!

Peraduan adalah salah satu cara yang sangat mudah untuk menarik perhatian orang ramai dan banyak jenama ingin mengadakan peraduan untuk:

1) Meningkatkan interaksi dan lalu lintas media sosial anda - Sesiapa yang tidak kenal dengan produk Apple atau LV? Tidak kira apa peraduan yang dianjurkan oleh dua jenama besar ini, orang ramai mesti akan berpusu-pusu untuk menyertai untuk mendapatkan hadiah daripada mereka! Oleh itu, peraduan merupakan salah satu langkah untuk meningkatkan engagement rate dengan drastik.

2) Meningkatkan angka pengikut - Peraduan ataupun giveaway boleh meningkatkan jumlah pengikut untuk jenama anda kerana ia menggalakkan peserta-peserta untuk like dan share post di media sosial mereka. Hal itu secara tidak langsung adalah salah satu taktik untuk menarik pengikut untuk kekal dengan jenama tersebut.

Melalui peraduan dapat menggalakkan peserta-peserta untuk like dan follow akaun media sosial jenama supaya peluang untuk mereka menang lebih tinggi!


5. IGlinks.io


Bio di Instagram tidak menyediakan kemudahan untuk meletakkan lebih daripada 1 pautan ataupun “link”, oleh itu anda perlu memilih satu pautan di laman web anda untuk mengesan interaksi dan trafik. Tetapi, daripada mengarahkan pengguna ke laman web utama tersebut, apa kata anda semua menggunakan webpage yang simple dan mudah seperti 
IGlinks.io untuk menyusun semua item yang penting mengenai diri anda, promosi ataupun resume dalam satu tempat?


Brand anda serta kempen pemasaran KOL akan menjadi lebih senang dan mudah kerana:

1) Dapat mengetahui dan mengesan sepanjang kempen anda - Dengan menggunakan satu link sahaja , keseluruhan kempen anda akan berjalan dengan lancar kerana orang ramai boleh mengakses segala informasi tentang promosi dan apa-apa maklumat tentang produk dan kempen tersebut dengan mudah.


2) Tempat penyimpanan link secara besar-besaran - IGlinks.io adalah website yang paling mesra pengguna dan mesra perniagaan yang anda boleh cari. Di mana ia boleh menyusun dan menyimpan sehingga 300 laman web mini dalam satu masa. Ini dapat memudahkan proses pengurusan KOLs dan IGlinks mereka berbanding dengan kaedah yang lama.


Ini adalah contoh IGlink untuk PropSocial! Halaman web yang cepat dan ringkas untuk mengarahkan pengguna ke webpage yang anda mahukan!


6. Pakej Jualan SushiVid


Kami ingin membantu jenama anda untuk berjaya dan mempamerkan jenama anda di platform media sosial kepada orang ramai. SushiVid akan membantu anda menyelesaikan masalah anda dan membuat pilihan yang tepat untuk kempen pemasaran KOL. Malah, jika anda mempunyai kempen yang spesifik untuk dijalankan, kami akan membantu anda mengusahakannya!


Dalam Pakej Jualan SushiVid, kami menyediakan servis seperti :

  1. Instagram Reels (IG Reels)

  2. Instagram Stickers (IG stickers)

  3. Augmented Reality filters (AR filters)

  4. Contests

  5. IGlinks.io


Selain itu, kami juga menyediakan :

1. Pakej Live Stream - Jika anda ingin produk anda untuk review dan dipromosikan oleh influencers secara live untuk memberikan content yang menarik dan berinteraksi lebih dekat dengan audiens dan pelanggan anda.

2.
TikTok  Instagram Pakej - Untuk anda memasuki dunia TikTok. 


3. Carousel TikTok Pakej - Campuran gambar Instagram Carousel dan Posting TikTok.

Pemasaran KOL mungkin kelihatan tidak besar bagi sesetengah pihak atau jenama, tetapi kami percaya bahawa pemasaran KOL merupakan salah satu jalan yang terbaik untuk meningkat imej sesuatu jenama dan sebab itulah kami ingin anda mempercayai SushiVid untuk membantu anda mencapai matlamat anda.

Mungkin anda mempunyai idea yang lebih baik dan anda tahu apa yang anda mahukan untuk kempen anda? Hubungi kami dengan menggunakan chatbot di website kami, atau komen di bawah post ini untuk bertukar pendapat bersama kami.


Mencuba 6 kaedah di atas atau bekerjasama dengan kami untuk mencapai STONKS bagi kempen anda. Jom!