INTERVIEW BERSAMA MAMA JUE


Jueliza Jamani -  juga dikenali sebagai Mama Jue, adalah ibu kepada tiga anak dan seorang blogger lifestyle. Jueliza menulis tentang kisah hidupnya, keluarga, dan produk review. Walaupun sibuk membesar dan mendidik anak-anak dan menulis, Jueliza mengambil masa untuk join kami di SushiVid untuk satu interview pendek! Mari baca macam mana supermom ni do it all! #respect!

 

Interview Bersama Mama Jue!


1. Apa sumber inspirasi you untuk mula menulis blog?

Mama berkecimpung dalam dunia blog dari tahun 2010 lagi tapi pada masa itu blog hanyalah sekadar suka-suka untuk menyimpan segala kenangan anak dan cerita perihal peribadi dalam blog ini. Semenjak dari tahun 2013 baru sedar bahawa dunia blog boleh menjadi sumber pendapatan sampingan. Dari situlah mama tumpu untuk blogging sehingga hari ini.

 

2. Topik apa yang you suka tulis dalam blog you?

Untuk topik blog kebanyakkan mama cerita mengenai kisah anak-anak, peribadi, resepi dan sekarang mama banyak review produk dan media.

 

3. Macamana you bahagikan masa untuk menulis blog dan family?

Dalam bahagi masa seorang ibu kepada 3 cahaya mata dan blog memang bukan satu perkara yang agak mudah. Tambah dengan anak yang masih kecil memerlukan mama melayan mereka dan menguruskan mereka setiap hari. Bagi mama jika ada minat dalam sesuatu yang kita buat insyaAllah kita akan boleh bahagi masa untuk menulis blog dan juga family dengan mudah. Selalunya mama banyak menulis ketika tengah malam dan waktu itu banyak idea untuk menulis tanpa ada gangguan dari anak-anak.

 

4. Siapa sumber inspirasi you dalam menulis blog?

Sumber inspirasi mama dalam dunia blog ni banyak sebenarnya. Tapi mama yakin dengan diri sendiri untuk berjaya dalam bidang ini disamping dengan blogger-blogger yang hebat. Jadi dengan berkat sokongan suami, mama tak mungkin akan menulis blog tanpa sokongan beliau. Terima kasih E

n Iddey Halmi kerana menyokong mama dalam blogging ini.

 

5. Macam mana mama balance untuk buat sponsored content sambil maintain authenticity dan tak nampak hardsell.

Untuk penulisan sponsored content dan sambil maintain authenticity dalam setiap entri mama banyak menulis dengan cara bercerita. Orang kata just be yourself. Dengan cara menyampaikan cerita yang menarik kita tidak akan nampak satu posting tersebut seperti bukan hardsell.

 

6. Nasihat mama kepada para bloggers untuk develop website dorang?

Nasihat mama kepada para blogger untuk memajukan blog masing-masing, korang kena rajin berusaha, banyak membaca, update entri blog setiap hari, banyakkan bertanya dan satu lagi jangan sombong dengan orang. InsyaAllah korang akan jadi blogger yang terbaik seiring dengan blog yang hebat.


Follow Mama Jue di:
Instagram - @juelizajamani